PENGUMUMAN
Semua Gambar dan Bahan yang dipaparkan didalam Blog ini adalah HAKCIPTA TERPELIHARA Khazanah Sepeda Tua Kg Pasir Baru.Semua bahan yang dipaparkan adalah koleksi bersama warga KSTKPB.Sebarang salinan semua adalah DILARANG sama sekali tanpa mendapat keizinan.
Harap Maklum.
Klinik Sepeda
Klinik ini akan dijayakan bersama dengan Kelab-Kelab :-
Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Basikal Antik,Kelab Sepeda Tua Johor Baharu;
Setiap bahan yang dipaparkan akan dipautkan didalam Blog yang menyertai "Klinik Sepeda" ini.Semoga "Klinik Sepeda" ini dapat disempurnakan dengan jayanya.Inilah "Wardah Perjuangan" yang akan kita kongsikan bersama buat semua peminat dan pencinta sepeda.
Maklumat Lanjut :
Bottom Bracket Shell :
Klik SiniFrame : Klik SiniSekian,Terima Kasih.
Nantikan.....
Gabungan Blogger dari ,Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Khazanah Sepeda Tua JB sedang dalam persiapan untuk menerbitkan sebuah Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia" .Nantikan Kemunculannya.......Kulit Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia"
Sekian,
Terima Kasih.
"Sepeda Di Bumi Malaysia!
Rudge Whitworth merupakan jenama yang tidak asing bagi penggemar sepeda dan motosikal. Akan tetapi tidak ramai yang tahu akan asal usul jenama ini.
Rudge mengambil nama sempena Daniel Rudge [1840-1880], seorang jurutera British yang terkenal dengan sepeda velocipede dan penny farthing yang berkualiti tinggi dan digemari oleh pelumba-pelumba sepeda pada zamannya. Beliau mencipta hab dan gandar sepeda yang boleh laras dengan nombor paten British 526 pada 1878. Sebelum tayar pneumatic digunakan secara meluas, beliau memperkenalkan fork bersuspensi spring yang pertama didunia. pada 1887. Melalui syarikatnya D. Rudge & Company, beliau memasarkan sepeda berkualiti keluarannya. Syarikatnya juga memasarkan hab, gandar dan fork sepeda kepada syarikat-syarikat lain.
Pada 1891, perlumbaan sepeda Paris-Brest-Paris yang pertama dimenangi oleh pelumba Perancis, Charles Terront. Sepeda juaranya dipasang hab dan gandar buatan Rudge. Ia memberikan publisiti dan imej perlumbaan sepeda sinonim dengan Rudge, dan apabila Rudge mula menghasilkan motorsikal, imej tersebut masih kekal dengan jenama tersohor ini.
Selepas kematian Daniel Rudge pada 1880, syarikat tersebut bergabung dengan The Tangent & Coventry Tricycle Company. Syarikat tersebut masih mengekalkan nama pengasasnya. Pada 1894, Rudge Whitworth Cycles dibentuk. Menjelang 1911, syarikat tersebut juga menghasilkan motosikal disamping sepeda untuk keluaran Britain dan luar negara.
Rudge Whitworth lebih terkenal dengan motosikalnya dengan kejayaan motosikal keluaran mereka dalam perlumbaan motosikal di England dan Eropah. Dengan slogan “Rudge it, do not trudge it”, jualan motosikal dan sepeda mereka di era 20an amat memberangsangkan. Namun, Zaman Kemelesetan pada awal 1930an menyebabkan syarikat mereka terumbang-ambing. Pada 1935, syarikat muzik EMI telah mengambil alih pengurusan Rudge dan cuba mengembalikan zaman kegemilangannya, namun ia tidak membuahkan hasil.
Pada 1939, mereka menumpukan perhatian mereka kepada pengeluaran radar untuk kegunaan Perang Dunia Kedua. Itulah titik noktah kepada pengeluaran motosikal jenama Rudge Whitworth. Jenama sepedanya diambil alih oleh Raleigh Cycles Co Ltd pada 1943. Kualiti jenama sepeda Rudge menyebabkan ia dinobatkan sebagai “The Best Bicycle in Britain” setanding dengan Raleigh dan Humber.
Penulis artikel oleh Pyan_elhakim
Ahli KSTKPBSekian,
Terima kasih.
"Khazanah Lama Masih Terpelihara".
Poster yang dipaparkan ini adalah poster pada tahun 1959.Poster ini kepunyaan saudara MK.Poster ini menunjukan jenama Phillips juga antara Sepeda yang menjadi kegilaan rakyat India pada ketika itu sehingga ke hari ini.Phillips menjadi kegilaan kerana emblemnya yang unik (SINGA DUDUK) dan kekuatan framenya yang mampu membawa barang bebanan yang berat.
Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.
Sekian,
Terima Kasih
Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"
Kita sering mengaitkan Raleigh dengan negara-negara seperti United kingdom,Germany,Netherlands,Malaysia,Amerika Syarikat dan amat jarang kita mendengar kewujudan Raleigh di bumi India.Amat sedikit info mengenai Raleigh di bumi India.
Untuk makluman peminat dan pencinta Sepeda,Paparan kali ini,KSTKPB ingin berkongsi Poster mengenai Jenama Sepeda British dibumi India yang diantaranya adalah Raleigh,Rudge,Humber,Robin Hood,Hercules,BSA dan Phillips.Ini adalah jenama yang terawal yang sampai di Bumi India.Poster ini keluaran tahun 1959 yang masih berada didalam keadaan yang baik di galeri KSTKPB.Di India Sepeda Hercules amatlah popular berbanding jenama sepeda yang lain kerana mereka menggunakan Sepeda ini untuk membawa barang dan menjadikan sebagai Sepeda pengangkutan.India adalah sebahagian negara yang pernah dijajah oleh British.Maka tidak hairanlah,barangan British khursusnya Sepeda masih banyak disana.
Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.
Sekian,
Terima Kasih
Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"
Paparan kali ini,KSTKPB ingin berkongsi poster Sepeda Gazelle & Rudge Tulisan Jawi tahun 50an.Blogger mengalihkan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi untuk tatapan dan rujukan buat semua pemilik dan peminat Sepeda klasik.Poster ini masih didalam keadaan baik didalam simpanan Galeri KSTKPB.
BASIKAL GAZELLE
BERLARI DENGAN SEMANGATNYA
BASIKAL RUDGE
BASIKAL BUATAN BRITAIN YANG TERBAIK SEKALI
TERSOHOR SETELAH 80 TAHUN !
KELUARAN RALEIGH INDUSTRIES LIMITED,ENGLAND.
BAYARAN BERANSUR CAGARAN $40.00 BULANAN $20.00
PRODUCT OF RALEIGH INDUSTRIES LIMITED;
NOTTINGHAM,ENGLAND
Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.
Sekian,
Terima Kasih
Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"
Sepeda Humber begitu sinonim namanya bagi pemilik dan peminat Sepeda tegar.Sepeda yang mendapat gelaran "DATUK DARI SEGALA SEPEDA". Paparan bulan ini,KSTKPB ingin berkongsi dengan semua peminat mengenai artikel Sepeda Humber.
Humber merupakan jenama sepeda British terawal. Diasaskan oleh Thomas Humber pada 1868, syarikat bersempena nama pengasasnya ini menghasilkan sepeda velocipede dan penny farthing yang berkualiti tinggi untuk pasaran golongan-golongan ternama di abad ke-19. Itulah sebabnya kenapa Humber dikenali sebagai “The Aristocrat of Bicycles”.
Pada mulanya Humber membuka perniagaannya di Beeston, Nottinghamshire. Apabila perniagaannya berkembang, beliau membuka kilang sepedanya di Coventry dan Wolverhampton.
Thomas Humber meninggalkan perniagaannya kepada rakan kongsinya Harry Lawson dan Edward Pennington. Mereka mengekalkan namanya sebagai jenama produk mereka. Humber merupakan syarikat pertama yang berjaya menghasilkan motosikal yang praktikal untuk ditunggang pada 1896, justeru menjadikan mereka pengeluar motosikal pertama di Britain.
Dengan industri pembuatan kereta masih lagi baru, Humber juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan kereta. Kereta beroda tiga jenama Humber dikeluarkan ada 1898 dan ia disusuli dengan kereta beroda empat pada 1901. Menjelang 1903, pembuatan kereta menjadi industri keutamaan dan perusahaan motosikal dan sepeda sebagai produk sampingan syarikat tersebut.
Humber amat terkenal dengan gaya double bladed fork yang dikenali sebagai duplex dan kerangka cross framenya. Kerana kualiti pembuatannya yang sangat baik dan bermutu, Raja England, menganugerahkan cop mohornya sebagai pembekal sepeda rasmi bagi baginda. Jenama Humber digemari oleh golongan atasan Britain, baik sepedanya mahupun keretanya, setanding dengan jenama-jenama lain seperti Daimler dan sebagainya.
Pada tahun 1931, Rootes Brothers, konglomerat British yang tersohor telah mengambil alih Humber. Rootes Brothers membuat keputusan untuk menghentikan pengeluaran motosikal dan menumpukan tumpuan mereka kepada pembuatan kereta. Pada 1932, Raleigh Cycles Co. Ltd. telah mengambil alih jenama Humber dan memasarkannya hingga ke tahun 1970an.
Semoga perkongsiaan yang dipaparkan ini akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan antara kita dengan semua peminat dan pemilik yang mencintai hobi ini.
sebarang pertanyaan dan komen yang berilmiah boleh dihantar didalam ruang yang disediakan.
Penulis artikel oleh Pyan_elhakim
Ahli KSTKPBSekian,
Terima kasih.
"Khazanah Lama Masih Terpelihara".
Paparan kali ini,KSTKPB ingin berkongsi poster Sepeda Royal Enfield Tulisan Jawi tahun 50an.Blogger mengalihkan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi untuk tatapan dan rujukan buat semua pemilik dan peminat Sepeda klasik.Poster ini adalah koleksi blogger sendiri dan masih didalam keadaan baik didalam simpanan Galeri KSTKPB.
ROYAL ENFIELD
Untuk kehalusan pertukangan dan bentuk yang utama
Inilah ia sebentuk Basikal.
Pembahagi
Eng Guan Company KL.
Guan Ho and Company Limited Ipoh
Guan Siang and Company P.Pinang
Wakil Kilang 117A,-8 Port Breech Road,
Singapore.
Tel:32222
Trade Mark
Make like A Gun
Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.
Sekian,
Terima Kasih
Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"
Paparan kali ini,KSTKPB ingin berkongsi poster Karikatur Sepeda Ray Tulisan Jawi tahun 50an.Karikatur ini mengesahkan sepasang Uda & Dara yang berbincang dan membuat pilihan untuk membeli Sepeda.
Sepeda Ray diedarkan oleh John Little; pada era itu.Insyallah Blogger akan cuba mengalihkan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi untuk tatapan dan rujukan buat semua pemilik dan peminat Sepeda klasik.Poster ini adalah koleksi blogger sendiri dan masih didalam keadaan baik didalam simpanan Galeri KSTKPB.
Dari Kanan
Gambar 1 Aku sesungguhnya tak dapat menyimpan duit untuk perkahwinan kita Hamidah.Belanja tambang amat mahal.
Gambar 2 Mengapa tidak beli basikal Ray,dan membelinya adalah akan menjimatkan dan kau akan menyelamatkan belanja tambangmu.
Gambar 3 Saudara laki-lakiku semuanya memiliki basikal Ray dan berkata "Ia dapat diharapkan serta baik buatannya.
Bawah
Ingatlah basikal Ray amat menjimatkan membelinya dan menggunakannya ia menyebabkan belanja perjalanan kamu sedikit sekali,kromnya yang berkilat dan warna catnya yang tinggi mutunya.Menjadikan satu-satunya kegembiran untuk memilikinya dan bentuknya yang dibuat dengan menitik beratkan keteguhan buatannya,menjadikannya kenaikan (kayuhan) yang tidak memerlukan tenaga:-
SATU DARIPADA KELUARAN PERUSAHAAN RALEIGH
John Little
Singapore Kuala lumpur Penang.
Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.
Sekian,
Terima Kasih
Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"